Usai sudah pembelajaran di Upsi...banyak pengalaman dan...memori yang dicatatkan..antaranya...
1) Kelahiran Baby Upsi
2) EX- Ciden di UPSI...
3) Persahabatan di UPSI..
4) KU'2' ngan kawan2 UPSI...
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA DAN ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN (UPSI)
Ahad, 24 Jun 2012
Ahad, 10 Jun 2012
Kolokium Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
http://utmotion.utm.my/utmotion/videos/1296/kolokium-kurikulum-standard-sekolah-menengah-%28kssm%29
Rabu, 2 Mei 2012
TUGASAN INDIVIDU -PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI
PENGURUSAN DAN EKONOMI
_________________________________________________________________________________
TUGASAN INDIVIDU(15%)
15 PENGUASAAN KONSEP/TEORI
(KPD4033)
________________________________________________________________
OLEH:-
NOR SHUHADA BINTI YAHAYA
L20112008263
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)-GSTT
SEMESTER 1
SESI 2012/2013
PENSYARAH:-
DR LOY CHEE LUEN
TEORI 1
KEBOLEHAN KOGNITIF ERIKSON
a. Konsep Kebolehan Kognitif Erikson - berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya.Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum,perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup.
b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini menekankan identity yang tersendiri dan saya setuju dengan pendapat Erikson , yang mengatakan setiap kehidupan manusia ini berubah mengikut peringkat-peringkat tertentu yang menampakkan ciri-ciri yang berlawanan. Maka bagi saya ,kebolehan Kognitif yang di ilhamkan oleh Erikson mampu memberi kepercayaan kepada kita, bahawa setiap insan inginkan sesuatu yang berlainan dan bertentanga maka,setiap kehendak hendaklah dilaksanakan berdasarkan peringkat umur setiap manusia.Contohnya kalau bayi memerlukan susu dari ibunya apabila lapar,kalau remaja memerlukan kasih-sayang dan perhatian dari ibu bapa dan ingin mencuba sesuatu yang baru.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini ini saling berkait dengan pengajaran kepelbagaian pelajar contohnya,pelajar dibahagikan kelas-kelas dari aliran yang berbeza disetiap sekolah,dengan adanya kelas sains,sastera dan sebagainya. Yang dianggap salah satu indentiti yang berbeza setiap pelajar.
TEORI 2
TEORI PEMODELAN BANDURA
a.Konsep Pemodelan Bandura-Teori Pemodelan Bandura merupakan unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini sesuai digunapakai dalam kehidupan seharian. Kita sebagai manusia tidak lepas lari dari melakukan peniruan,peniruan dari segi positifnya adalah meniru tingkahlaku yang baik dengan membantu ibu bapa di rumah serta berbudi bahasa. Peniruan serta pemerhatian yang dilakukan dari segi sudut positif ini dapat membina jati diri serta kendiri yang baik dalam melahirkan modal insan yang berguna.Malah pelajar mampu memberi tindak balas yang baik dalam kehidupan mereka.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini ini saling berkait dengan pengajaran kepelbagaian,kerana kesan Teori Pemodelan Bandura akan membuat penyampaian guru nampak cekap dan menarik serta dapat menjadi role model kpd pelajar. Demontrasi guru juga nampak lebih menarik dari situ, pelajar dapat meniru dengan cepat. Contoh hasilan guru yang dapat dilihat melalui kraftangan, lukisan atau ABM yang bermutu tinggi . Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Serta guru dapat boleh mengajar nilai murni dengan teknik main peranan dan simulasi.
TEORI 3
TEORI PEMBELAJARAN ROGERS
a.Konsep Teori Pembelajaran Rogers -ialah dimana pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yg berbeza dengan org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi.
b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini memberi pengalaman yang bernilai kepada individu itu sendiri,dimana yang dianggap oleh Rogers sebagai pengalaman logik oleh dek akal. Ini dapat dilihat melalui pengalaman berbeza setiap manusia tersebut dapat membentuk kendiri sendiri melalui sistem nilai yang tidak sama tetapi dapat difahami melalui komunikasi.Contonnya kita dapat berhubung dengan rakan dari luar negara (RUSIA) hanya berhubung menggunakan bahsa inggeris.Walhal, latar belakang adalah berbeza dari segi pengalaman tapi dapat diterjemahkan melalui satu komunikasi formal (perbualan)melalui penghantaran emel atau facebook
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini ini saling berkait dengan pengajaran kepelbagaian,kerana Prinsip Pendekatan Pendidikan Rogers mengutamakan pendidikan berpusat pelajar. Mengutamakan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedom to learn): pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity) Pembelajaran berlaku jika bahan pembelajaran bermakna serta sama dengan objektif pembelajarn pelajar. Keberkesanan pembelajaran dicapai dalam situasi pendidikan yang kurang terancam. Keberkesanan pembelajaran dapat dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti p&p.Contohnya dapat membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya .
TEORI 4
TEORI KECERDASAN PELBAGAI (HOWARD GARDNER)
a.Konsep Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner) adalah menurut Gardner,manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat melalui kecerdasan manusia.Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak istimewa dan biasa ,juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (specialpopulation).Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi.Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada diantara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.
b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini menganggap setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua kecerdasan ini. Maka konsep ini dianggap unik bagi sesebuah masyarakat,dan kita perlu faham bahawa teori ini mempunyai 8 faktor kecerdasan.Dan saya beranggapan setiap IQ manusia adalah tidak sama dan tidak boleh diwarisi.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini saling berkaitan kerana ianya pelbagai dan contoh yang jelas dapat kita lihat adalah melalui ’Teknik Streaming kelas’yang diadakan di sekolah pada masa kini. Dimana pelajar yang pintar ditempatkan dikelas yang pandai dan kelas yang hujung dihuni oleh pelajar yang lemah dalam pelajaran yang dinilai melalui peperiksaan. Tapi kita juga, dapat lihat mereka datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi yang berbeza lebih-lebih lagi kelas hadapan yang dianggap kelas pandai antaranya bapanya bekerja sebagai nelayan,petani, dan sebagainya.
TEORI 5
PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET
a.Konsep Teori Perkembangan Kognitif Piaget merupakan mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka.Menurut teori Piaget, setiap individu pada saat tumbuh mulai dari bayi yang baru di lahirkan sampai usia dewasa mengalami empat tingkat perkembangan kognitif. Empat tingkat perkembangan kognitif itu adalah:-Sensori motor (usia 0 - 2 tahun), Pra operasional (usia 2 – 7 tahun), Operasional kongkrit (usia 7 – 11 tahun)dan Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa). Perkembangan kognitif sebagian besar bergantung kepada seberapa jauh anak aktif memanipulasi dan aktif berinteraksi dengan lingkungannya। Berikut ini adalah implikasi penting dalam pembelajaran fizikal.
b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini menekankan perkembangan kognitif sebagai satu proses yang boleh mengaktifkan manusia dengan melalui pengalaman serta interaksi yang dicipta.Contohnya,bayi berusia 8 bulan meniru perbuatan yang kita lakukan kepadanya setiap hari contohnya dengan membunyikan suara-suara dan menunjukan perilaku yang mudah ditirunya contoh melambai ’bye-bye’.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
-dapat dilihat melalui apa yang telah guru ajar kepada pelajar:- contohnya dengan menunjuk cara-cara bagaimana menghasilkan sebuah lukisan yang menarik dan cantik hasil dari gabungan warna-warna. Maka dengan itu pelajar dapat melakukan perbuatan tersebut hasil dari pengalaman berinteraksi dengan guru.
TEORI 6
TEORI LEV VYGOTSKY
a.Konsep Teori Lev Vygotsky merupakan perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Walaupun setuju dengan Piaget bahwa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berpikir yang berbeza-beza, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitas batinnya sendiri. . Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahwa disamping guru, teman sebaya juga berpengaruh penting pada perkembangan kognitif anak.berlawanan dengan pembelajaran melalui penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) memberi kesan mempercepatkan perkembangan anak.
b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana tidak hanya memandang kepada gaya berfikir yang berbeza malah, Vygotsky menganggap kanak-kanak tidak harus membentuk gambaran sendiri,kerana mereka masih kecil dan tidak perlu menjelajah pengalaman yang lebih dari kemampuan fikiran mereka.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Pengajaran kepelbagaian pelajar saling berkait dan dapat dilihat melalui kelas pendidikan khas,mereka dilihat sesuai dengan konsep tersebut,hasil dari pengalaman yang dibina dalam kelas tersebut sahaja.
TEORI 7
TAKSANOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOL
a.Konsep Taksonomi Bloom (domain kognitif)
-Penilaian berdasarkan pemikiran (kognitif) dan menekankan domain kognitif.Tujuan Taksonomi ini dilakukan adalah untuk membina kebolehan, pemikiran dan pemahaman.Contoh soalan: Beri pendapat....../ menjawab soalan berdasarkan petikan yang telah diberi.Terdapat 6 peringkat dalam Taksonomi Bloom:1.Pengetahuan2.Kefahaman3.Aplikasi4.Analisa5.Sintesis6.Penilaian
b.Pemilihan Konsep
b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana kita dapat melihat tahap-tahap pencapaian pelajar melalui peringkat-peringkat 6 Taksonomi Bloom yang dibentuk melalui rancangan pengajaran kita sebagai seorang guru. Ditahap ini kita akan dapat menghipotesis sesuatu pembelajaran berdasarkan aras kefahaman setiap kelas dan dapat mengukur diakhir pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam sesuatu kelas.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini saling berkait kerana ,sebagai seorang guru kita dapat merumuskan aras kesukaran yang terdapat didalam sesebuah kelas yang akan diajar melalui set induksi yang dilaksanakan berdasarkan beberapa peringkat yang telah ditetapkan.Contoh bila,dimana,dan apa justifikasi dalam kelas tersebut berdasarkan aras kesukaran.
TEORI 8
DOMAIN AFEKTIF KRATHWOL
a.Konsep Domain Afektif Krathwol adalah lebih tersusun dan mempunyai 5 Peringkat Domain yang efektif iaitu:-Penerimaan,Bertindak balas,Menilai,Organisasi dan.Perwatakan.Penerimaan adalah keinginan dan kesanggupan menerima atau
kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan. Kesedaran dimana faktor estetik, reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.Dan perhatian terkawal merujuk kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti menghayati orang mendeklamasi sajak.Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara/ rangsangan
-mengambil bahagian secara aktif dan pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas

-Konsep ini dipilih kerana bagi pendapat saya lebih mudah kita melihat tahap-tahap pencapaian pelajar melalui kebolehan,dimana penilaian dan penghargaan terhadap sesuatu benda/tingkah laku dan organisasi dimana nilai yang diterapkan dapat dilaksanakan lebih baik.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
-Konsep ini dipilih kerana kita dapat melihat tahap-tahap pencapaian pelajar melalui
kebolehan membuat penilaian dan penghargaan terhadap sesuatu benda/tingkah laku dan organisasi dimana nilai yang diterapkan contoh:--Pelajar boleh aplikasikan nilai dalam kelompok kesan daripada p&p dan pelajar mampu mereka cipta (baju bergaya yang mempunyai nilai estetika/tradisional)Malah dari segi perwatakan pula dapat dilihat perubahan tingkah laku yang positif dan mengekalkan nilai-nilai dalam perwatakan

TEORI 9
PINTAR CERDAS,BERBAKAT DAN KREATIF
a. Konsep Pintar Cerdas,Berbakat dan Kreatif menyatakan maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Pintar - Membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas - Didefinisikan sebagai sempurna akal. Pintar Cerdas - Kamus dewan edisi keempat mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Berbakat - Bermaksud keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Seseorang itu di anggap berbakat dalam bidang-bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum terbukti cemerlang. Kreatif - Membawa maksud maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan.
b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana bagi saya baik kita melentur anak-anak mengikut istilah dari rebung adalah baik. Dengan adanya konsep ini kita dapat melihat bakat-bakat yang terserlah dan mereka yang berfikiran kraetif dan kritis.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
-Konsep ini dipilih khas kerana bersesuaian dalam pengajaran kepelbagaian pelajar. Malah negara kita Malaysia banyak melahirkan pelajar-pelajar yang berbakat.contohnya di pertandingan keratif dan kritis diluar negara,dimana idea-idea mereka dijana untuk menghasilkan barangan yang boleh diterima pakai, pemain badminton dunia Dato’ Lee Chong Wei yang mempuyai kebolehan yang luar biasa dan Nicol David yang cemerlang dalam pelajaran dan arena squash.
KONSEP 10
SCAFFOLDING
a. Konsep Scaffolding merupakan suatu istilah yang diberi oleh seorang ahli psikologi perkembangan-kognitif masa kini, Jerome Bruner, suatu proses yang digunakan orang dewasa untuk melihat anak-anak melalui zon perkembangan diri mereka sendiri. Gagasan tentang kelompok kerja kreatif ini diperluas menjadi pengajaran peribadi oleh teman sebaya ( peer tutoring), aitu seorang anak mengajar anak lainnya yang ketinggalan dalam pelajaran. Seseorang kanak-kanak lebih efektif membimbing kanak-kanak lainnya menghampiri karena mereka sendiri baru saja memahami tahap itu sehingga biasa dengan mudah melihat kesulitan-kesulitan yang dihadapi anak lain dan menyediakan scaffolding yang sesuai.
b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana kita sebagai orang dewasa dapat melihat potensi anak-anak dalam zon mereka yang dirasakan selesa.Contoh mereka suka menari dan berpotensi menjadi ustazah pada masa hadapan,ini dapat dilihat dari potensi mereka yang berminat membaca hal berkaitan keagamaan.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini dapat melihat kanak-kanak menggunakan peringkat (software) pendidikan, komputer memberikan bantuan atau petunjuk secara detail seperti yang diisyaratkan sesuai dengan kedudukan anak yang sedang dalam ZPD. Terdapat beberapa anak di kelas lebih berbakat dalam menggunakan komputer sehingga dari biasa dan boleh menjadi sebagai tutor bagi teman sebayanya. Dengan murid-murid yang bekerja dengan komputer, guru lebih bebas mencurahkan perhatinnya kepada individu-individu yang memerlukan bantuan dan menyiapkan scaffolding yang sesuai bagi kanak-kanak lain.Ini dapat lihat kepelbagaian potensi diri mereka masing-masing.
KONSEP 11
a. Konsep PBM dikatakan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajarannya dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. (Zaharatul Laili)
PBM merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran.
Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya (Universiti Teknologi Malaysia 2005).
Hall (2006) menyatakan bahawa PBM adalah teknik yang terbentuk daripada perkara-perkara tanpa sedar yang berlaku dalam kehidupan seharian.Bagi Torp dan sage (2002) pula, PBM berfokuskan kepada pengalaman pembelajaran yang melibatkan mind on dan hands on yang disediakan melalui penyiasatan dan keputusan daripada masalah yang sebenar.
b.Pemilihan Konsep
- Saya memilih konsep tersebut kerana dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajarannya dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah, internet dan organisasi-organisasi yang terlibat.Dalam strategi pengajaran ini, guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar.
KONSEP 12
TEORI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN
a.Konsep Teori pembelajaran dan pengajaran merupakan tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.
b.Pemilihan Konsep
- Pemilihan konsep tersebut kerana dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajarannya dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
-Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.
13
KONTRAK-KONTRAK PEMBELAJARAN
a.Konsep Kontrak-kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
-Bentuk akhir tugasan dihasilkan
-Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
-Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
-Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
-Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
-Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.
b.Pemilihan Konsep
- Bagi saya konsep ini sesuai diguna oleh guru dan pelajar kerana ada satu kontrak khusus yang boleh mengikat mereka dan penting kepada pelajar dalam pembelajaran untuk membolehkan* Pelajar mengenal pasti dan merekod· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, penilaian objektif tugasan dengan pelbagai jenis pelajar merangka beberapa objektif, Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Contoh membuat latihan dari pelbagai bahan.
KONSEP 14
TEORI PERSONALITI JUNG
a. Konsep Teori Personaliti Jung Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan mereka. Segala tindak tanduk seseorang bukan sahaja ditentukan oleh peristiwa-peristiwa masa lampau tetapi juga oleh aspirasi-aspirasi dan cita-cita di masa hadapan. Konsep ini disebut sebagai teleology dan causality oleh Hall dan Lindzey (1966).Jung melihat manusia akan sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana kendiri. Manusia dianggap oleh Jung sebagai seorang yang kreatif dan optimistik. Walaupun Jung lebih mementingkan masa depan, namun ia tidak mengabaikan masa lampau.
b.Pemilihan Konsep
-Bagi saya , Konsep Jung dipilih kerana teori personaliti ini mampu mengukur setiap asas struktur personaliti seseorang itu saling bergantung antara satu sama lain, walaupun terdapat perbezaan.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Sesuai disentuh dalam pengajaran kepelbagaian pelajar kerana teori ini dapat meluaskan perkembangan manusia menjadi lebih kreatif dan optimistik serta dapat mempelbagaikan personaliti pelajar contohnya pelajar yang suka belajar,suka penampilan diri dan sebagainya.
KONSEP 15
PENGURUSAN BILIK DARJAH
a. Konsep Pengurusan Bilik Darjah ialah Pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah”
b.Pemilihan Konsep
-Saya pilih konsep ini kerana bagi saya guru dapat mengubah tingkah laku pelajar ( dari t tingkah laku –ve kpd tingkah laku +ve )dan dapat dilihat Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti. yg menggalakkan tingkahlaku laku +ve.Cth: jadual tugas harian yang disediakan dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang ditetapkan.
c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
Konsep ini sesuai digunapakai dalam pengajaran kepelbagaian pelajar kerana tingkah laku setiap pelajar adalah berbeza mengikut pelajar ,serta guru dapat mengubah disiplin pelbagai jenis tingkahlaku pelajar.
Khamis, 26 April 2012
TUGASAN - APLIKASI PSIKOLOGI

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
FAKULTI
PENGURUSAN DAN EKONOMI
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH
(DPLI)-GSTT
SEMESTER 1
SEISI 2012/2013
TUGASAN INDIVIDU
APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
(KPP 4023)
OLEH:-
NOR SHUHADA BINTI YAHAYA
L20112008XXX
PENSYARAH:-
PROF ZULKIFLI BIN MAMAT
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Aplikasi Psikologi Pendidikan ini. Namun, usaha menyiapkannya memakan sedikit masa kerana tajuk yang saya perolehi memerlukan pemantauan yang banyak untuk menghuraikan isi-isi yang penting.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Zulkifli Bin Mamat kerana memberi t yang sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang psikologi kita. Walaupun bidang pikologi pendidikan merupakan ilmu yang dianggap penting dalam menangani masalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah,menengah dan institute-institut perguruan dan universiti-universiti.
Disamping itu juga, ribuan terima kasih kepada suami tersayang yang banyak memberi sokongan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun ini merupakan tugasan yang sepatutnya dibuat oleh saya sebagai guru pelatih, namun dia tetap menolong saya dalam memberi buah fikiran di dalam tugasan ini.
Begitu juga dengan rakan-rakan yang banyak memberi bantuan dan maklumat di dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun mereka sibuk dalam kerja-kerja kursus masing-masing, namun pertolongan tetap diberi apabila saya mempunyai masalah di dalam tugasan ini.
Justeru, saya harap tugasan ini dapat membantu saya dalam menambahkan lagi pengetahuan mengenai bidang psikologi yang sangat luas. Walaupun di dalam tugasan ini saya dikehendaki mengenalpasti sesuatu masalah pembelajaran dan menyelesaikan masalah tersebut. Jadi saya berharap, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat dijadikan panduan untuk terus mengukuhkan pengetahuan dalam ilmu psikologi Pendidikan . Amin……
1) MASALAH YANG DIKENALPASTI
Assalamuaalaikum,wbt. pembuka bicara segala majlis dan selamat sejahtera diucapkan.Saya merupakan guru Pendidikan Islam semenjak saya memegang jawatan Guru sandaran tidak terlatih (GSTT).Sebagai guru saya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan semangat juang yang jitu bagi meneruskan komitmen diri. Guru merupakan satu kejayaan yang dapat menyinari kehidupan seseorang insan yang bernama pelajar. Seseorang guru yang baik dapat membimbing dan membantu pelajar menghadapi saat sukar dalam menempuh alam pembelajaran. Proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi memenuhi tuntutan kerjaya .
Tahun 2010 saya mengajar matapelajaran Pendidikan Islam tingkatan 1 dan tingkatan 2. Pada masa tersebut, saya tidak berpuas hati dengan P&P yang dijalankan oleh saya, maklumlah ini kali pertama menjadi seorang pendidik dan tidak ada ”guideline’yang spesifik ,hanya mendapat info dari Ketua Panitia dan pihak pentadbir sahaja.Sepanjang saya mengajar saya dapati pelajar tidak fokus 100% dalam proses P&P,kerana ada pelajar tidak menyalin nota yang diberi oleh guru dan dapati hanya 60% sahaja pelajar yang menyalin selebihnya lebih suka berborak dan bermain di dalam kelas.
Kelemahan pelajar ini dalam mengingati nota yang disampaikan oleh guru dalam Pendidikan Islam menambahkan jurang kemahiran mereka dalam mencatat nota pendidikan Islam.
Mengajar kelas 1Seroja dan 1Dahlia di SMK Rawang semenjak 2010 ini yang dikategorikan sebagai pelajar”hujung atau lemah’ memberi peluang kepada saya untuk mengkaji tingkahlaku dan sikap pelajar terhadap pelajaran mereka terutamanya dalam menghafaz subjek.
2) PENDEKATAN TEORI YANG DIPILIH
(1849-1936)
Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada “hukum perkaitan” yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal iaitu Aristotle. Beliau mengemukakan bahawa, “sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan”.
KESIMPULAN TEORI IVAN PAVLOV
Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan oleh beliau. Konsep tersebut ialah:
i) Generalisasi
ii) Diskriminasi
iii) Penghapusan
iv) Pembelajaran semula
Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi.
Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus.
Penguasaan atau Pembelajaran Semula
Penguasaan atau bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh penguasaan berkenaan.
TEORI PEMODELAN BANDURA
Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.
CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :
1.Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
2.Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan
3.Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
4.Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.
Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka.
Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.
Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN
Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.
Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.
PEMERHATIAN
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.
3) PENYELESAIAN MASALAH TERSEBUT
Penyelesaian masalah tersebut saya akan
- Mengadakan ujian pra setelah saya selesai mengajar Bab 3 Hidayah dan tulisan jawi kepada pelajar.
- Memberikan penerangan mengenai Sistem Kad Ajaib kepada pelajar serta cara membuatnya.
- Memantau perkembangan proses membuat nota poket dan mengalakkan pelajar menggunakan nota kad ajaib sebagai cara meningkatkan tahap ingatan mereka pada bila-bila masa.
- Mengadakan ujian pos setelah proses penghasilan kad ajaib dilaksanakan. Soalan ujian pos ini adalah soalan yang sama dengan ujian pra.
- Membuat perbandingan hasil dapatan ujian(ujian pra-dan ujian pos)
- Menilai keberkesanan Kad Ajaib ini kepada pelajar melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada pelajar.
Instrumen yang saya gunakan dalam penghasilan dapatan kajian ini ialah soalan ujian pos dan ujian pra, borang soal selidik serta kertas dan pen pelbagai warna.
3.1 Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian
3.1.1 Pemerhatian
Setelah Pembelajaran Kad Ajaib diperkenalkan kepada pelajar setelah saya menguji mereka dengan ujian pra. Penerangan mengenai cara membuat kad ajaib kepada pelajar diberikan dengan jelas . Pelajar dikehendaki membuat kad ajaib mereka sendiri Bab Akidah dan tulisan jawi dengan mengunakan pen pelbagai warna mengikuti kreativiti ,masing-masing. Saya melakukan pemantauan sepanjang proses penghasilan kad ajaib tersebut dilaksanakan.
Tempoh yang saya berikan kepada pelajar untuk menyiapkan kad ajaib mereka ialah selama dua minggu. Dalam tempoh tersebut pelajar dikehendaki menggunakan kad ajaib mereka mengulangkaji pelajaran . Setelah itu saya menguji pelajar dengan hasil pos iaitu soalan yang sama yang telah digunakan dalam ujian pra. Hasil dapatan ujian akan menerangkan sejauhmana keberkesanan sistem Kad ajaib ini.
3.1.2 Refleksi
Sepanjang pelaksanan sistem ini saya mendapati pelajar menggunakan kreativiti mereka dalam penghasilan kad-kad nota ajaib mereka sendiri. Namun ada sebahagaian pelajar yang membuat kad mereka secara ala kadar.
KESIMPULAN
Teori Aplikasi Psikologi Pendidikan memang sesuai di aplikasikan dalam Sistem Pembelajaran ini. Pelajar Tingkatan 1 akan datang, akan saya dedahkan lebih awal dengan teori ini agar mereka dapat mengingati nota-nota ringkas pendidikan Islam dengan lebih baik.Saya menyarankan bahawa pelajar bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.
Rabu, 11 April 2012
TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Sigmund Freud (1856-1939) (Rajah 1.3), adalah pelopor ahli teori psikoanalitik
yang paling terkemuka. Ideanya terus mempengaruhi ahli teori psikoanalitik
yang lain. Teori struktur personaliti beliau membahagikan struktur psikik
kepada tiga bahagian: id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini
bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi
(a) Id
Id adalah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, primitif,
mementingkan diri sendiri, dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh
tamadun). Id adalah dominan pada peringkat awal kehidupan bayi, apabila
dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi. Ia
dilihat sebagai elemen psikik yang pertama yang mempengaruhi tingkah
laku.
(b) Ego
Ego pula bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan
primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego
secara perlahan-lahan mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan
primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawai etika
masyarakat. Operasi ego berpandukan pada prinsip realiti, bukan pada
prinsip keseronokan yang mempengaruhi id. Prinsip realiti mengiktiraf
permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik.
(c) Superego
Bila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin bertambah. Ia
mesti berurus dengan superego yang merupakan sumber awal suara hati
(conscience), iaitu kebolehan kita untuk membezakan yang baik daripada
yang buruk. Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak
mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk
menginterpretasi jangkaan masyarakat. Ibu bapa berfungsi dan bertindak
memegang peranan penting di dalam hal conscience sehinggalah kanakkanak
secara evolusi membina set piawai dalamannya.
Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa secara melampau, dia
akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda, permintaan ini boleh
menjadi keterlaluan. Di dalam kes sebegini, superego mungkin menjadi
begitu tidak fleksibel atau ketat, sehingga ia menghadkan atau mencegah
diri daripada menikmati keseronokan yang normal yang sepatutnya
dialami pada zaman kanak-kanak. Apabila kanak-kanak yang mempunyai
superego yang punitif meningkat remaja, mereka berkemungkinan
menghadapi masalah di dalam memenuhi permintaan superego. Sebagai
contoh, apabila mereka telah mencapai usia baligh, mereka mempunyai
kesukaran untuk mengawal permintaan seksual yang meningkat. Freud
percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan
kehendak superego yang melampau.
Rajah 1.3: Sigmund Freud: Pelopor teori psikodinamika terkemuka
Mengikut pendekatan psikoanalitik, id, ego dan superego biasanya mempunyai
matlamat dan kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup
kuat untuk menguasai ego, maka hal ini biasanya akan berakhir dengan konflik
dalaman di dalam diri individu tersebut. Teori Freud menyarankan bahawa
sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai, hal ini akan
membawa kepada kecelaruan mental.
Psikoanalisis mengambil pendekatan perkembangan tentang abnormaliti. Ia
menekankan peristiwa yang dialami pada masa kecil mempunyai kesan apabila
individu tersebut berada di alam dewasa. Freud percaya kanak-kanak membesar
dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang sudah
ditetapkan. Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan
kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi
dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang
normal. Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan
terdapat fixation di tahap tersebut yang mempengaruhi sifat individu pada
kehidupan dewasanya. Misalnya seorang yang makan terlalu banyak di tahap
oral mungkin akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang
yang gemuk atau penagih dadah bila dewasa.
Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar di dalam membantu kita
memahami perkembangan personaliti manusia. Pendapat tentang pengaruh id,
ego dan superego daripada zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti
seseorang telah merangsang banyak penyelidikan. Pendapat ini juga
berpengaruh di dalam disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.

Khamis, 5 April 2012
Tema Hari Guru 2012
TEMA HARI GURU 2012
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Langgan:
Catatan (Atom)
Bab 4: Windows Movie Maker
View more PowerPoint from University