GURU PEMBINA NEGARA BANGSA DAN ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN (UPSI)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

`JOM FOLLOW ADDA SUE`

Rabu, 2 Mei 2012

TUGASAN INDIVIDU -PENGAJARAN KEPELBAGAIAN PELAJAR



 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI
PENGURUSAN DAN EKONOMI

_________________________________________________________________________________
TUGASAN INDIVIDU(15%)

15 PENGUASAAN KONSEP/TEORI
(KPD4033)
________________________________________________________________

OLEH:-

NOR SHUHADA BINTI YAHAYA

L20112008263

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (DPLI)-GSTT

 SEMESTER 1

SESI 2012/2013

PENSYARAH:-

 DR LOY CHEE LUEN





TEORI 1
KEBOLEHAN KOGNITIF ERIKSON

a. Konsep Kebolehan Kognitif Erikson - berpendapat bahawa kehidupan manusia adalah melalui lapan tahap psikososial yang berkembang dari tahap ke tahap seterusnya dengan mempunyai ciri-ciri berlawanan di tahap-tahap tertentu. Pada setiap peringkat bayi, kanak-kanak, zaman bermain, sekolah, remaja, awal dewasa dan tua terdapat konflik sosial yang akan diatasi untuk perkembangan seterusnya.Yang paling jelas dari hasil kajian Erikson ialah individu merupakan individu yang dinamik dan bukan statik dan dia mempunyai identiti tersendiri. Ini jelas kelihatan di tahap pertama Erikson ialah kepercayaan berlawanan ketidakpercayaan. Erikson berpendapat darjah kepercayaan bayi bergantung kepada nilai jagaan dan pemeliharaan ibu bapa atau orang lain yang menjaganya. Jika kehendak-kehendak bayi dipenuhi seperti mendapat makanan, minum,perhatian dan kasih sayang, dia akan memperoleh harapan untuk terus hidup.

b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini menekankan identity yang tersendiri dan saya setuju dengan pendapat Erikson , yang mengatakan setiap kehidupan manusia ini berubah mengikut peringkat-peringkat tertentu yang menampakkan ciri-ciri yang berlawanan. Maka bagi saya ,kebolehan Kognitif yang di ilhamkan oleh Erikson mampu memberi kepercayaan kepada kita, bahawa setiap insan inginkan sesuatu yang berlainan dan bertentanga maka,setiap kehendak hendaklah dilaksanakan berdasarkan peringkat umur setiap manusia.Contohnya kalau bayi memerlukan susu dari ibunya apabila lapar,kalau remaja memerlukan kasih-sayang dan perhatian dari ibu bapa dan ingin mencuba sesuatu yang baru.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini ini saling berkait dengan pengajaran kepelbagaian pelajar contohnya,pelajar dibahagikan kelas-kelas dari aliran yang berbeza disetiap sekolah,dengan adanya kelas sains,sastera dan sebagainya. Yang dianggap salah satu indentiti yang berbeza setiap pelajar.

TEORI 2
TEORI PEMODELAN BANDURA

a.Konsep Pemodelan Bandura-Teori Pemodelan Bandura merupakan unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai model. Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.

b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini sesuai digunapakai dalam kehidupan seharian. Kita sebagai manusia tidak lepas lari dari melakukan peniruan,peniruan dari segi positifnya adalah meniru tingkahlaku yang baik dengan membantu ibu bapa di rumah serta berbudi bahasa. Peniruan serta pemerhatian yang dilakukan dari segi sudut positif ini  dapat membina jati diri serta kendiri yang baik dalam melahirkan modal insan yang berguna.Malah pelajar mampu memberi tindak balas yang baik dalam kehidupan mereka.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini ini saling berkait dengan pengajaran kepelbagaian,kerana kesan  Teori Pemodelan Bandura akan membuat penyampaian  guru nampak cekap dan menarik serta dapat menjadi role model kpd pelajar. Demontrasi guru juga nampak lebih  menarik dari situ, pelajar dapat meniru dengan cepat. Contoh hasilan guru yang dapat dilihat melalui kraftangan, lukisan atau ABM yang bermutu tinggi . Guru juga boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Serta guru dapat boleh mengajar nilai murni  dengan teknik main peranan dan simulasi.

  TEORI 3
TEORI PEMBELAJARAN ROGERS

a.Konsep Teori Pembelajaran Rogers -ialah dimana pengalaman individu adalah fenomena-logikal yg dialami oleh individu sendiri. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan yg berbeza dengan org lain. Tingkah laku yg ditunjukkan adalah selaras dengan konsep kendiri dan keupayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya diperoleh melalui proses komunikasi.

b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini memberi pengalaman yang bernilai kepada individu itu sendiri,dimana yang dianggap oleh Rogers sebagai pengalaman logik oleh dek akal. Ini dapat dilihat melalui pengalaman berbeza setiap manusia tersebut dapat membentuk kendiri sendiri melalui sistem nilai yang tidak sama tetapi dapat difahami melalui komunikasi.Contonnya kita dapat berhubung dengan rakan dari luar negara  (RUSIA) hanya berhubung menggunakan bahsa inggeris.Walhal, latar belakang adalah berbeza dari segi pengalaman tapi dapat diterjemahkan melalui satu komunikasi formal (perbualan)melalui  penghantaran emel atau facebook

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini ini saling berkait dengan pengajaran kepelbagaian,kerana Prinsip Pendekatan Pendidikan Rogers mengutamakan pendidikan berpusat pelajar. Mengutamakan prinsip pembelajaran berasaskan kebebasan (freedom to learn): pembelajaran merupakan sesuatu jenis naluri ingin tahu (curiosity) Pembelajaran berlaku jika bahan pembelajaran bermakna serta sama dengan objektif pembelajarn pelajar. Keberkesanan pembelajaran dicapai dalam situasi pendidikan yang kurang terancam. Keberkesanan pembelajaran dapat  dicapai apabila pelajar mengambil inisiatif sendiri dan melibatkan diri sepenuh dalam aktiviti p&p.Contohnya dapat membimbing pelajar supaya menilai hasil pembelajaran dirinya demi mempertingkatkan pemikiran reflektif dan kemahiran kreatifnya .
TEORI 4
TEORI  KECERDASAN  PELBAGAI (HOWARD GARDNER)

a.Konsep Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner) adalah menurut Gardner,manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat melalui kecerdasan manusia.Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak  istimewa dan biasa ,juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (specialpopulation).Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi.Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya.Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada diantara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional.

b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini menganggap setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua kecerdasan ini. Maka konsep ini dianggap unik bagi sesebuah masyarakat,dan kita perlu faham bahawa teori ini mempunyai 8 faktor kecerdasan.Dan saya beranggapan setiap IQ manusia adalah tidak sama dan tidak boleh diwarisi.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini saling berkaitan kerana ianya pelbagai dan contoh yang jelas dapat kita lihat adalah melalui ’Teknik Streaming kelas’yang diadakan di sekolah pada masa kini. Dimana pelajar yang pintar ditempatkan dikelas yang pandai dan kelas yang hujung dihuni oleh pelajar yang lemah dalam pelajaran yang dinilai melalui peperiksaan. Tapi kita juga, dapat lihat mereka datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi yang berbeza lebih-lebih lagi kelas hadapan yang dianggap kelas pandai antaranya bapanya bekerja sebagai nelayan,petani, dan sebagainya.
TEORI 5
PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET


a.Konsep Teori Perkembangan Kognitif Piaget merupakan mewakili konstruktivisme, yang memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan interaksi-interaksi mereka.Menurut teori Piaget, setiap individu pada saat tumbuh mulai dari bayi yang baru di lahirkan sampai usia dewasa mengalami empat tingkat perkembangan kognitif. Empat tingkat perkembangan kognitif itu adalah:-Sensori motor (usia 0 - 2 tahun), Pra operasional (usia 2 – 7 tahun), Operasional kongkrit (usia 7 – 11 tahun)dan Operasi formal (usia 11 tahun hingga dewasa). Perkembangan kognitif sebagian besar bergantung kepada seberapa jauh anak aktif memanipulasi dan aktif berinteraksi dengan lingkungannya Berikut ini adalah implikasi penting dalam pembelajaran fizikal.

b.Pemilihan Konsep
- Konsep ini dipilih oleh saya kerana konsep ini menekankan perkembangan kognitif sebagai satu proses yang boleh mengaktifkan manusia dengan melalui pengalaman serta interaksi  yang dicipta.Contohnya,bayi berusia 8 bulan meniru perbuatan yang kita lakukan kepadanya setiap hari contohnya dengan membunyikan suara-suara dan menunjukan perilaku yang mudah ditirunya contoh melambai ’bye-bye’.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
-dapat dilihat melalui apa yang telah guru ajar kepada pelajar:- contohnya dengan menunjuk cara-cara bagaimana menghasilkan sebuah lukisan yang menarik dan cantik hasil dari gabungan warna-warna. Maka dengan itu pelajar dapat melakukan perbuatan tersebut hasil dari pengalaman berinteraksi dengan guru.

 TEORI 6
TEORI LEV VYGOTSKY

a.Konsep Teori Lev Vygotsky merupakan perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Walaupun setuju dengan Piaget bahwa perkembangan kognitif terjadi secara bertahap dan dicirikan dengan gaya berpikir yang berbeza-beza, tetapi Vygotsky tidak setuju dengan pandangan Piaget bahwa anak menjelajahi dunianya sendirian dan membentuk gambaran realitas batinnya sendiri. .      Secara khusus Vygotsky mengemukakan bahwa disamping guru, teman sebaya juga berpengaruh penting pada perkembangan kognitif anak.berlawanan dengan pembelajaran melalui penemuan individu (individual discovery learning), kerja kelompok secara kooperatif ( cooperative groupwork) memberi kesan  mempercepatkan perkembangan anak.

b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana tidak hanya memandang kepada gaya berfikir yang berbeza malah, Vygotsky menganggap kanak-kanak tidak harus membentuk gambaran sendiri,kerana mereka masih kecil dan tidak perlu menjelajah pengalaman yang lebih dari kemampuan fikiran mereka.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Pengajaran kepelbagaian pelajar saling berkait dan dapat dilihat melalui kelas pendidikan khas,mereka dilihat sesuai dengan konsep tersebut,hasil dari pengalaman yang dibina dalam kelas tersebut sahaja.

 TEORI 7
TAKSANOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOL

a.Konsep Taksonomi Bloom (domain kognitif)
-Penilaian berdasarkan pemikiran (kognitif) dan menekankan domain kognitif.Tujuan Taksonomi ini dilakukan adalah untuk membina kebolehan, pemikiran dan pemahaman.Contoh soalan: Beri pendapat....../ menjawab soalan berdasarkan petikan yang telah diberi.Terdapat 6 peringkat dalam Taksonomi Bloom:1.Pengetahuan2.Kefahaman3.Aplikasi4.Analisa5.Sintesis6.Penilaian

b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana kita dapat melihat tahap-tahap pencapaian pelajar melalui peringkat-peringkat 6 Taksonomi Bloom yang dibentuk melalui rancangan pengajaran kita sebagai seorang guru. Ditahap ini kita akan dapat menghipotesis sesuatu pembelajaran berdasarkan aras kefahaman setiap kelas dan dapat mengukur diakhir pengajaran dan pembelajaran pelajar di dalam sesuatu kelas.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
- Konsep ini saling berkait kerana ,sebagai seorang guru kita dapat merumuskan aras kesukaran yang terdapat didalam sesebuah kelas yang akan diajar melalui set induksi yang dilaksanakan berdasarkan beberapa peringkat yang telah ditetapkan.Contoh bila,dimana,dan apa justifikasi dalam kelas tersebut berdasarkan aras kesukaran.

TEORI 8
DOMAIN AFEKTIF KRATHWOL

a.Konsep Domain Afektif Krathwol adalah lebih tersusun dan mempunyai  5 Peringkat Domain yang efektif iaitu:-Penerimaan,Bertindak balas,Menilai,Organisasi dan.Perwatakan.Penerimaan adalah keinginan dan kesanggupan menerima atau
kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan, pendapat orang, menghormati kebudayaan berlainan. Kesedaran dimana faktor estetik, reka bentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat dalam sesuatu perkara.Dan perhatian terkawal merujuk kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu rangsangan seperti menghayati orang mendeklamasi sajak.Kesanggupan bertindak balas terhadap sesuatu perkara/ rangsangan
-mengambil bahagian secara aktif dan pelajar mengambil perhatian dan memberi tindak balas

b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana bagi pendapat saya lebih mudah kita melihat tahap-tahap pencapaian pelajar melalui kebolehan,dimana  penilaian dan penghargaan terhadap sesuatu benda/tingkah laku dan organisasi dimana nilai yang diterapkan dapat dilaksanakan lebih baik.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
 -Konsep ini dipilih kerana kita dapat melihat tahap-tahap pencapaian pelajar melalui
kebolehan membuat penilaian dan penghargaan terhadap sesuatu benda/tingkah laku dan organisasi dimana nilai yang diterapkan contoh:--Pelajar boleh aplikasikan nilai dalam kelompok kesan daripada p&p dan  pelajar mampu mereka cipta (baju bergaya yang mempunyai nilai estetika/tradisional)Malah dari segi perwatakan pula dapat dilihat perubahan tingkah laku yang positif dan mengekalkan nilai-nilai dalam perwatakan
  
TEORI 9
PINTAR CERDAS,BERBAKAT DAN KREATIF 

a. Konsep Pintar Cerdas,Berbakat dan Kreatif menyatakan maksud pintar cerdas yang ditujukan kepada kanak-kanak, pelajar atau belia adalah mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi bidang seperti intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa yang tidak dapat di perolehi di sekolah biasa demi meningkatkan tahap kebolehan mereka. Pintar - Membawa maksud cekap dan pandai. Cerdas - Didefinisikan sebagai sempurna akal. Pintar Cerdas - Kamus dewan edisi keempat mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Berbakat - Bermaksud keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Seseorang itu di anggap berbakat dalam bidang-bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum terbukti cemerlang. Kreatif - Membawa maksud maksud kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai  pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak atau gagasan.

b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana bagi saya baik kita melentur anak-anak mengikut istilah dari rebung adalah baik. Dengan adanya konsep ini kita dapat melihat bakat-bakat yang terserlah dan mereka yang berfikiran kraetif dan kritis.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
 -Konsep ini dipilih khas kerana bersesuaian dalam pengajaran kepelbagaian pelajar. Malah negara kita Malaysia banyak melahirkan pelajar-pelajar yang berbakat.contohnya di pertandingan keratif dan kritis diluar negara,dimana idea-idea mereka dijana untuk menghasilkan barangan yang boleh diterima pakai, pemain badminton dunia Dato’ Lee Chong Wei yang mempuyai kebolehan yang luar biasa dan Nicol David yang cemerlang dalam pelajaran dan arena squash.

KONSEP 10
SCAFFOLDING

a. Konsep Scaffolding merupakan suatu istilah yang diberi oleh seorang ahli psikologi perkembangan-kognitif masa kini, Jerome Bruner, suatu proses yang digunakan orang dewasa untuk melihat anak-anak melalui zon perkembangan diri mereka sendiri. Gagasan tentang kelompok kerja kreatif ini diperluas menjadi pengajaran peribadi oleh teman sebaya ( peer tutoring), aitu seorang anak mengajar anak lainnya yang ketinggalan dalam pelajaran. Seseorang kanak-kanak lebih efektif membimbing kanak-kanak lainnya menghampiri  karena mereka sendiri baru saja memahami tahap itu sehingga biasa dengan mudah melihat kesulitan-kesulitan yang dihadapi anak lain dan menyediakan scaffolding yang sesuai.

b.Pemilihan Konsep
-Konsep ini dipilih kerana kita sebagai orang dewasa dapat melihat potensi anak-anak dalam zon mereka yang dirasakan selesa.Contoh mereka suka menari dan berpotensi menjadi ustazah pada masa hadapan,ini dapat dilihat dari potensi mereka yang berminat membaca hal berkaitan keagamaan.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
 - Konsep ini dapat melihat kanak-kanak  menggunakan peringkat  (software) pendidikan, komputer memberikan bantuan atau petunjuk secara detail seperti yang diisyaratkan sesuai dengan kedudukan anak yang sedang dalam ZPD. Terdapat beberapa anak di kelas lebih berbakat dalam menggunakan komputer sehingga dari biasa dan boleh menjadi  sebagai tutor bagi teman sebayanya. Dengan murid-murid yang bekerja dengan komputer, guru lebih  bebas mencurahkan perhatinnya kepada individu-individu yang memerlukan bantuan dan menyiapkan scaffolding yang sesuai bagi kanak-kanak lain.Ini dapat lihat kepelbagaian potensi diri mereka masing-masing.

KONSEP 11
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH(PBM)

a. Konsep PBM dikatakan dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajarannya dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. (Zaharatul Laili)
PBM merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran.
Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya (Universiti Teknologi Malaysia 2005).
Hall (2006) menyatakan bahawa PBM adalah teknik yang terbentuk daripada perkara-perkara tanpa sedar yang berlaku dalam kehidupan seharian.Bagi Torp dan sage (2002) pula, PBM berfokuskan kepada pengalaman pembelajaran yang melibatkan mind on dan hands on yang disediakan melalui penyiasatan dan keputusan daripada masalah yang sebenar.

b.Pemilihan Konsep
- Saya memilih konsep tersebut kerana dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajarannya dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
 - Para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi sebenar dan dikehendaki menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah, internet dan organisasi-organisasi yang terlibat.Dalam strategi pengajaran ini, guru bertindak sebagai pembimbing atau penggerak kepada penyelesaian yang dilakukan oleh para pelajar.

KONSEP 12
TEORI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

a.Konsep Teori pembelajaran dan pengajaran merupakan tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak menghalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

b.Pemilihan Konsep
- Pemilihan konsep tersebut kerana dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap pembelajarannya dan menjadikan pembelajaran pelajar lebih bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
 -Penggunaan contoh-contoh adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana ia dapat melahirkan pemikiran yang jelas dan berkesan. Biasanya seorang guru menerangkan idea-idea yang komplek kepada sekumpulan pelajar, guru itu dikehendaki memberi contoh-contoh dan iluktrasi. Misalnya, dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi, bercerita, mengemukakan metafora dan sebagainya. Contoh-contoh boleh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

13
KONTRAK-KONTRAK PEMBELAJARAN

a.Konsep Kontrak-kontrak Pembelajaran atau dikenali sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti :-
-Bentuk akhir tugasan dihasilkan
-Bagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan?)
-Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guru
-Kaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)
-Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrak
-Kontrak biasanya ditandatangani oleh kedua-dua pihak yang bersetuju dengan syarat-syarat atau kriteria yang disenaraikan.

b.Pemilihan Konsep
- Bagi saya konsep ini sesuai diguna oleh guru dan pelajar kerana ada satu kontrak khusus yang  boleh mengikat mereka dan penting kepada pelajar dalam pembelajaran untuk membolehkan* Pelajar mengenal pasti dan merekod· objektif dan matlamat pembelajaran kendiri· kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat.

c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
 - Kontrak pembelajaran digunakan dengan pelbagai cara, penilaian objektif tugasan dengan pelbagai jenis pelajar merangka beberapa objektif, Kontrak pembelajaran dibuat dalam pelbagai bentuk mengikut keperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Contoh membuat latihan dari pelbagai bahan.

KONSEP 14
TEORI PERSONALITI JUNG

a. Konsep Teori Personaliti Jung Jung berpendapat bahawa manusia mempunyai tujuan dan matlamat dalam kehidupan mereka. Segala tindak tanduk seseorang bukan sahaja ditentukan oleh peristiwa-peristiwa masa lampau tetapi juga oleh aspirasi-aspirasi dan cita-cita di masa hadapan. Konsep ini disebut sebagai teleology dan causality oleh Hall dan Lindzey (1966).Jung melihat manusia akan sentiasa berusaha untuk terus berkembang bagi mencapai nirwana kendiri. Manusia dianggap oleh Jung sebagai seorang yang kreatif dan optimistik. Walaupun Jung lebih mementingkan masa depan, namun ia tidak mengabaikan masa lampau.

b.Pemilihan Konsep
-Bagi saya , Konsep Jung dipilih kerana teori personaliti ini mampu mengukur setiap asas struktur personaliti seseorang itu saling bergantung antara satu sama lain, walaupun terdapat perbezaan.

 c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
 - Sesuai disentuh dalam pengajaran kepelbagaian pelajar kerana teori ini dapat meluaskan perkembangan manusia menjadi lebih kreatif dan optimistik serta dapat mempelbagaikan personaliti pelajar contohnya pelajar yang suka belajar,suka penampilan diri dan sebagainya.

KONSEP 15
PENGURUSAN BILIK DARJAH

a. Konsep Pengurusan Bilik Darjah ialah Pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah”

b.Pemilihan Konsep
-Saya pilih konsep ini kerana bagi saya guru dapat mengubah tingkah laku pelajar ( dari t tingkah laku –ve kpd    tingkah laku +ve )dan dapat dilihat Pengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti. yg menggalakkan tingkahlaku laku  +ve.Cth: jadual tugas harian yang disediakan  dapat memupuk sikap tanggungjawab dan mendisiplinkan murid. Secara tak langsung murid akan melibatkan diri secara aktif mengikut jadual yang ditetapkan.

 c. Perkaitan Konsep berkenaan dengan Pengajaran Kepelbagaian pelajar
Konsep ini sesuai digunapakai dalam pengajaran kepelbagaian pelajar kerana tingkah laku setiap pelajar adalah berbeza mengikut pelajar ,serta guru dapat mengubah disiplin pelbagai jenis tingkahlaku pelajar.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers