GURU PEMBINA NEGARA BANGSA DAN ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN (UPSI)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

`JOM FOLLOW ADDA SUE`

Khamis, 26 April 2012

TUGASAN - APLIKASI PSIKOLOGI

wallpaper upsi I

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FAKULTI
PENGURUSAN DAN EKONOMI

PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN LEPASAN IJAZAH
(DPLI)-GSTT

 SEMESTER 1

SEISI 2012/2013


TUGASAN INDIVIDU


APLIKASI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
(KPP 4023)


OLEH:-

NOR SHUHADA BINTI YAHAYA
 L20112008XXX


PENSYARAH:-

 PROF ZULKIFLI BIN MAMAT
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga saya menyiapkan kerja kursus  Aplikasi Psikologi Pendidikan ini. Namun, usaha menyiapkannya memakan sedikit masa kerana tajuk yang saya perolehi memerlukan pemantauan yang banyak untuk menghuraikan isi-isi yang penting.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof Zulkifli Bin Mamat kerana memberi t yang sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang psikologi kita. Walaupun bidang pikologi pendidikan  merupakan ilmu yang dianggap penting dalam menangani masalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah,menengah dan institute-institut perguruan dan universiti-universiti.
Disamping itu juga, ribuan terima kasih kepada suami tersayang yang banyak memberi sokongan dan bantuan dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun ini merupakan tugasan yang sepatutnya dibuat oleh saya sebagai guru pelatih, namun dia tetap menolong saya dalam memberi buah fikiran di dalam tugasan ini.
Begitu juga dengan rakan-rakan yang banyak memberi bantuan dan maklumat di dalam menyiapkan tugasan ini. Walaupun mereka sibuk dalam kerja-kerja kursus masing-masing, namun pertolongan tetap diberi apabila saya mempunyai masalah di dalam tugasan ini.
Justeru, saya harap tugasan ini dapat membantu saya dalam menambahkan lagi pengetahuan mengenai bidang psikologi yang sangat luas. Walaupun di dalam tugasan ini saya dikehendaki mengenalpasti sesuatu masalah pembelajaran dan menyelesaikan masalah tersebut. Jadi saya berharap, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang menyiapkan tugasan ini dapat dijadikan panduan untuk terus mengukuhkan pengetahuan dalam ilmu psikologi Pendidikan  . Amin…… 

1) MASALAH YANG DIKENALPASTI
Assalamuaalaikum,wbt. pembuka bicara segala majlis dan selamat sejahtera diucapkan.Saya merupakan guru Pendidikan Islam semenjak saya memegang jawatan Guru sandaran tidak terlatih (GSTT).Sebagai guru saya memerlukan pengorbanan yang tinggi dan semangat juang yang jitu bagi meneruskan komitmen diri. Guru merupakan satu kejayaan yang dapat menyinari kehidupan seseorang insan  yang bernama pelajar. Seseorang guru yang baik dapat membimbing dan membantu pelajar menghadapi saat sukar dalam menempuh alam pembelajaran. Proses pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan memerlukan masa dan tenaga yang banyak bagi memenuhi tuntutan kerjaya .
            Tahun 2010 saya mengajar matapelajaran Pendidikan Islam tingkatan 1 dan tingkatan 2. Pada masa tersebut, saya tidak berpuas hati dengan P&P yang dijalankan oleh saya, maklumlah ini kali pertama menjadi seorang pendidik dan tidak ada ”guideline’yang spesifik ,hanya mendapat info dari Ketua Panitia dan pihak pentadbir sahaja.Sepanjang saya mengajar saya dapati pelajar tidak fokus 100% dalam proses P&P,kerana ada pelajar tidak menyalin nota yang diberi oleh guru dan dapati hanya 60% sahaja pelajar yang menyalin selebihnya lebih suka berborak dan bermain di dalam kelas.
            Kelemahan pelajar ini dalam mengingati nota yang disampaikan oleh guru dalam Pendidikan Islam menambahkan jurang kemahiran mereka dalam mencatat nota pendidikan Islam.
            Mengajar kelas 1Seroja dan 1Dahlia di SMK Rawang semenjak 2010 ini yang dikategorikan sebagai pelajar”hujung atau lemah’ memberi peluang kepada saya untuk mengkaji tingkahlaku dan sikap pelajar terhadap pelajaran mereka terutamanya  dalam menghafaz subjek.

 

2) PENDEKATAN TEORI YANG DIPILIH

 (1849-1936)


Pavlov telah mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas.  Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala  gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.
Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada “hukum perkaitan” yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal iaitu Aristotle. Beliau mengemukakan bahawa, “sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan”.



Peralatan Eksperimen Pavlov
KESIMPULAN TEORI IVAN PAVLOV

Dalam teori pelaziman klasik yang dipelopori oleh Ivan Pavlov ini, terdapat beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan oleh beliau. Konsep tersebut ialah:
i)                    Generalisasi
ii)                   Diskriminasi
iii)                 Penghapusan
iv)                 Pembelajaran semula

Generalisasi
Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi.
Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus.
Penguasaan atau Pembelajaran Semula
Penguasaan atau bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat. Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh penguasaan berkenaan.
  
TEORI PEMODELAN BANDURA

Bandura dan Walters menggunakan sekumpulan kanak- kanak tadika berumur 3- 6 tahun untuk menjalankan kajian dan berjaya membuktikan bahawa kanak- kanak keseluruhannya meniru model yang ditonton dengan gaya yang lebih agresif. Beliau merumuskan bahawa pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Teori pembelajaran sosialis menekankan pembelajaran melalui proses permodelan iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Teori ini terdiri daripada teori permodelan Bandura.

CIRI- CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA :
1.Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan
2.Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan
3.Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
4.Proses pembelajaran meliputi pemerhatian , pemikiran , peringatan ,peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai.

Mengikut teori Albert Bandura (1925) seorang profesor psikologi di Universiti Stanford pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku orang lain, individu dan secara tidak langsung mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Pada amnya Bandura juga melihat manusa sebagai aktif berupaya mengendalikan tingkah laku secara selektif dan tidak merupakan entiti yang pasif yang boleh dipermainkan oleh keadaan persekitaran mereka. 

Terdapat dua jenis pembelajaran melalui pemerhatian. Pertama, ia boleh berlaku melalui peneguhan. Ini berlaku apabila kita melihat orang lain diberi ganjaran atau denda untuk tindakan tertentu kita mengubah tingkah laku. Melalui ganjaran, Contohnya seandainya kita memuji dua orang pelajar kerana membuat kerja yang menarik di dalam kelas maka pelajar- pelajar yang memerhatikan penghargaan mungkin akan membuat kerja yang lebih baik pada masa akan datang. Denda juga boleh mempunyai kesan yang sama. Contohnya kita akan mengurangkan had laju semasa memandu selepas melihat beberapa orang mendapat saman kerana memandu dengan laju.

Pembelajaran pemerhatian yang kedua ialah pemerhati meniru tingkah laku model walaupun model tersebut tidak menerima peneguhan atau denda semasa pemerhati sedang memerhatikan. Selalunya model menunjukkan sesuatu yang hendak dipelajarinya oleh pemerhati dan mengharapkan peneguhan apabila dapat menguasai. Contoh cara yang betul meletakkan tangan untuk bermain piano tetapi peniruan berlaku apabila pemerhati hanya mahu menjadi seperti model yang disanjung.

3. PRINSIP PEMBELAJARAN MELALUI PEMERHATIAN/ PERMODELAN

Bandura (1986) mengenal pasti empat unsur utama dalam proses pembelajaran melalui pemerhatian atau pemodelan iaitu perhatian, mengingat, reproduksi dan peneguhan atau motivasi.

PEMERHATIAN

Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam pengajaran kita perlu pastikan pelajar menumpukan perhatian kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjukcara contohnya memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul. Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran pemerhatian yang betul.

3) PENYELESAIAN MASALAH TERSEBUT
Penyelesaian masalah tersebut saya akan

  1. Mengadakan ujian pra setelah saya selesai mengajar Bab 3 Hidayah dan tulisan jawi kepada pelajar.
  2. Memberikan penerangan mengenai Sistem Kad Ajaib kepada pelajar serta cara membuatnya.
  3. Memantau perkembangan proses membuat nota poket dan mengalakkan pelajar menggunakan nota kad ajaib sebagai cara meningkatkan tahap ingatan mereka pada bila-bila masa.
  4. Mengadakan ujian pos setelah proses penghasilan kad ajaib dilaksanakan. Soalan ujian pos ini adalah soalan yang sama dengan ujian  pra.
  5. Membuat perbandingan hasil dapatan ujian(ujian pra-dan ujian pos)
  6. Menilai keberkesanan Kad Ajaib ini kepada pelajar melalui borang kaji selidik yang diedarkan kepada pelajar.

Instrumen yang saya gunakan dalam penghasilan dapatan kajian ini ialah soalan ujian pos dan ujian pra, borang soal selidik serta kertas dan pen pelbagai warna.

3.1 Pelaksanaan Tindakan dan pemerhatian


3.1.1 Pemerhatian

            Setelah Pembelajaran Kad Ajaib diperkenalkan kepada pelajar setelah saya menguji mereka dengan ujian pra. Penerangan mengenai cara membuat kad ajaib kepada pelajar diberikan dengan jelas . Pelajar dikehendaki membuat kad ajaib mereka sendiri Bab Akidah dan tulisan jawi dengan mengunakan pen pelbagai warna mengikuti kreativiti ,masing-masing. Saya melakukan pemantauan sepanjang proses penghasilan kad ajaib tersebut dilaksanakan.

            Tempoh yang saya berikan kepada pelajar untuk menyiapkan kad ajaib mereka ialah selama dua minggu. Dalam tempoh tersebut pelajar dikehendaki menggunakan kad ajaib mereka mengulangkaji pelajaran . Setelah itu saya menguji pelajar dengan hasil pos iaitu soalan yang sama yang telah digunakan dalam ujian pra. Hasil dapatan ujian akan menerangkan sejauhmana keberkesanan sistem Kad ajaib ini.

3.1.2 Refleksi

            Sepanjang pelaksanan sistem ini saya mendapati pelajar menggunakan kreativiti mereka dalam penghasilan kad-kad nota  ajaib mereka sendiri. Namun ada sebahagaian pelajar yang membuat kad mereka secara ala kadar.
  
KESIMPULAN

Teori Aplikasi Psikologi Pendidikan memang sesuai di aplikasikan dalam Sistem Pembelajaran ini. Pelajar Tingkatan 1 akan datang, akan saya dedahkan lebih awal dengan teori ini agar mereka dapat mengingati nota-nota ringkas pendidikan Islam dengan lebih baik.Saya  menyarankan bahawa pelajar bukan hanya memerlukan satu pendekatan pengajaran yang fleksibel dan inovatif yang dapat menarik perhatian mereka tetapi yang sama penting ialah satu strategi yang dapat membantu mereka mengingat kembali maklumat yang diajar agar proses P & P boleh dianggap berkesan. Walau bagaimanapun, peruntukan masa yang panjang bagi sesuatu pembelajaran diperlukan supaya mereka benar-benar dapat menguasai kemahiran tersebut. Bahan yang diberi juga tidak boleh terlalu banyak memandangkan kumpulan sasaran terdiri daripada mereka yang cepat merasa bosan.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers