GURU PEMBINA NEGARA BANGSA DAN ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN (UPSI)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

`JOM FOLLOW ADDA SUE`

Rabu, 11 April 2012

TOPIK 1 KONSEP ASAS PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Sigmund Freud (1856-1939) (Rajah 1.3), adalah pelopor ahli teori psikoanalitik
yang paling terkemuka. Ideanya terus mempengaruhi ahli teori psikoanalitik
yang lain. Teori struktur personaliti beliau membahagikan struktur psikik
kepada tiga bahagian: id, ego dan superego. Freud percaya setiap entiti ini
bertanggungjawab bagi satu set operasi psikologi


(a) Id
Id adalah sumber dorongan dan nafsu yang diwarisi, primitif,
mementingkan diri sendiri, dan tidak ada pengaruh dunia realiti (pengaruh
tamadun). Id adalah dominan pada peringkat awal kehidupan bayi, apabila
dorongan dan kemahuan begitu kuat mempengaruhi tingkah laku bayi. Ia
dilihat sebagai elemen psikik yang pertama yang mempengaruhi tingkah
laku.
(b) Ego
Ego pula bertanggungjawab dan cuba mengawal dorongan dan desakan
primitif agar mengikut lebih dekat dengan kehendak persekitaran. Ego
secara perlahan-lahan mengambil tanggung jawab menjadikan dorongan
primitif id lebih mengikut pada kehendak moral dan piawai etika
masyarakat. Operasi ego berpandukan pada prinsip realiti, bukan pada
prinsip keseronokan yang mempengaruhi id. Prinsip realiti mengiktiraf
permintaan atau kehendak masyarakat yang realistik.
(c) Superego
Bila kanak-kanak bertambah besar, peranan ego semakin bertambah. Ia
mesti berurus dengan superego yang merupakan sumber awal suara hati
(conscience), iaitu kebolehan kita untuk membezakan yang baik daripada
yang buruk. Superego muncul secara perlahan-lahan bila kanak-kanak
mula mempelajari peraturan yang digunakan oleh ibu bapanya untuk
menginterpretasi jangkaan masyarakat. Ibu bapa berfungsi dan bertindak
memegang peranan penting di dalam hal conscience sehinggalah kanakkanak
secara evolusi membina set piawai dalamannya.
Bagi kanak-kanak yang dibesarkan oleh ibu bapa secara melampau, dia
akan bersifat kritis, menghukum dan mendenda, permintaan ini boleh
menjadi keterlaluan. Di dalam kes sebegini, superego mungkin menjadi
begitu tidak fleksibel atau ketat, sehingga ia menghadkan atau mencegah
diri daripada menikmati keseronokan yang normal yang sepatutnya
dialami pada zaman kanak-kanak. Apabila kanak-kanak yang mempunyai
superego yang punitif meningkat remaja, mereka berkemungkinan
menghadapi masalah di dalam memenuhi permintaan superego. Sebagai
contoh, apabila mereka telah mencapai usia baligh, mereka mempunyai
kesukaran untuk mengawal permintaan seksual yang meningkat. Freud
percaya kerisauan dan kemurungan biasanya datang bersama dengan
kehendak superego yang melampau.

Rajah 1.3: Sigmund Freud: Pelopor teori psikodinamika terkemuka
Mengikut pendekatan psikoanalitik, id, ego dan superego biasanya mempunyai
matlamat dan kaedah yang berbeza. Sekiranya id dan superego menjadi cukup
kuat untuk menguasai ego, maka hal ini biasanya akan berakhir dengan konflik
dalaman di dalam diri individu tersebut. Teori Freud menyarankan bahawa
sekiranya konflik antara id, ego dan superego tidak selesai, hal ini akan
membawa kepada kecelaruan mental.
Psikoanalisis mengambil pendekatan perkembangan tentang abnormaliti. Ia
menekankan peristiwa yang dialami pada masa kecil mempunyai kesan apabila
individu tersebut berada di alam dewasa. Freud percaya kanak-kanak membesar
dengan melalui pelbagai tahap psikoseksual pada peringkat yang sudah
ditetapkan. Pada setiap peringkat ini, ada bahagian badan yang membekalkan
kepuasan dorongan seksual. Kanak-kanak yang melalui tahap anal, oral, latensi
dan genital dengan cara yang memuaskan akan menjadi orang dewasa yang
normal. Jika terdapat kekecewaan atau kelebihan di sebarang tahap, maka akan
terdapat fixation di tahap tersebut yang mempengaruhi sifat individu pada
kehidupan dewasanya. Misalnya seorang yang makan terlalu banyak di tahap
oral mungkin akan mempunyai fixation di tahap ini dan mungkin menjadi orang
yang gemuk atau penagih dadah bila dewasa. 
Pendekatan ini memberi sumbangan yang besar di dalam membantu kita
memahami perkembangan personaliti manusia. Pendapat tentang pengaruh id,
ego dan superego daripada zaman kanak-kanak bagi perkembangan personaliti
seseorang telah merangsang banyak penyelidikan. Pendapat ini juga
berpengaruh di dalam disiplin seperti seni, kesusasteraan Inggeris dan sejarah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers