GURU PEMBINA NEGARA BANGSA DAN ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN (UPSI)

I made this widget at MyFlashFetish.com.

`JOM FOLLOW ADDA SUE`

Selasa, 3 Julai 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)

KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN | Berita baik buat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini untuk mengurangkan kos sara hidup kerana semalam, KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA (KDS1M) DILANCARKAN |Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) telah dilancarkan.
KDS1M menawarkan diskaun antara 5 hingga 60 peratus bagi pembelian di 31 syarikat dan 14 koperasi yang menyertai program itu setakat ini. Antara sektor perniagaan yang terlibat ialah buku, alat tulis, pakaian, makanan dan minuman, produk IT, penginapan dan kesihatan. Cadangan KDS1M dikemukakan oleh pelajar pada mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada 21 Nov tahun lalu.
Untuk menggunakan perkhidmatan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia ini, siswa hanya perlu menunjukkan KDS1M bersama-sama kad pelajar atau kad pengenalan bagi mendapatkan diskaun yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai program itu. Kerajaan juga bercadang memperluaskan kad diskaun itu kepada pelajar asing di negara ini. Maklumat lanjut mengenai KDS1M boleh didapati di www.1pengguna.com.
UNTUK KETERANGAN LANJUT
Bahagian Gerakan Kepenggunaan,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, 
Koperasi & Kepenggunaan
No. 13, Persiaran Perdana, Presint 2, 
62623 Putrajaya, Malaysia
Tel : +603-8882 5972 / 5889 / 6181
Faks : +603-8882 5983
Emel : kds1m@kpdnkk.gov.my
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.



Daisypath - Personal pictureDaisypath Graduation tickers